Sunday

Kenapa kita terlalu banyak teka teki, 
Terkadang bila aku terbang aku terkenang semua kembali, 
Aku pun tak sanggup gantung tak bertali, 
Tapi kalau aku benar tidak sayang kau buat apa aku masih disini. 

Kawan kata masa itu menyembuhkan, 
Iya mungkin aku menunggu masa untuk beritahu jawapan sebenar, 
Aku tambah setiap kali lepas solat aku pintakan, 
Jikalau benar dia jodoh kau kuatkanlah agar aku sedar. 

Selalu aku tunggu, 
Yang mana yang benar yang mana yang palsu, 
Siapa mahu menjadi penunggu, 
Tapi keadaan selalu tak tentu.